Tips sebelum beli beg mahal branded
“Wey Shila, Tory Burch kau ni betul ke ori sebab tengok macam fake je”
Siapa yang selalu peka tentang keaslian sesuatu barangan ni agaknya? Sudah tentulah mereka yang memiliki barangan berjenama. Lebih-lebih lagi kalau anda sendiri membeli dengan harga yang murah sedikit sahaja dan bukan daripada outlet atau butik itu sendiri.
Ramai yang berpendapat, alang-alang beli mahal, biar barang tu betul original dan berkualiti. Tapi macam mana nak tahu barang tu ori atau tak? Jom baca selanjutnya!
BUAT CHECKLIST NI UNTUK TAHU ORI ATAU TAK
- Kenali seller:
Kalau anda tak beli barang berjenama anda straightforwardly daripada butik atau store, anda kena buat kajian sedikit tentang latar belakang seller tersebut. Adakah mereka merupakan personal shopper yang sah? Discount hunter yang sah macam Baghabits? Dunia semakin moden, barang copy pun mula menjadi sebiji yang sama macam original.
- Harga make sense:
Inilah masanya untuk anda bandingkan harga sebenar dengan harga pembelian anda. Kalau harga asal beg berjenama anda itu ribuan, tapi anda beli dengan seller lain hanya dengan berpuluh ringgit, kan dah tak masuk akal tu. Eh, tapi kenapa harga baghabits murah walaupun original? Haa itulah best kalau guna servis discount hunter.
- Asal usul stock:
Hampir semua orang takut dengan frasa ni “Made In China”. Risau barang yang dibeli semua tu fake. Tapi masih ramai yang tak tahu asal usul produk berjenama ni. Jangan pula anda beli beg Coach yang stocknya bukan dari US.
- Packaging & aksesori tambahan:
Anda perasan tak kadang-kadang beli beg boleh dapat paper bag, dustbag tapi ada juga yang tak ada semua ni. Buat pengetahuan anda, kalau anda beli dari outlet US, anda boleh dapatkan paper bag cuma sedikit payahlah manakala untuk dustbag memang tak akan ada. Semua ni kalau anda beli daripada outlet. Nak packaging yang ekslusif, beli daripada butik.
*Tertakluk kepada jenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil & Kate Spade
- Resit bukan jaminan:
Okay yang ni best! Anda tahu tak yang resit tak menjaminkan barang anda tu original atau fake. Sudah banyak juga yang mengeluarkan resit tipu ni.
JANGAN MARAH PERSONAL SHOPPER
Yeay setelah tahu kelima-lima point di atas, anda sudah tahu serba sedikit untuk nak tahu seller mana yang telus atau tidak. Apa-apa pun, pilihan di tangan anda. Jadi pengguna yang bijak dan kalau nak lagi senang, beli dengan Baghabits. Testimoni pun ada, segala konsultansi dan informasi pun anda boleh dapatkan dengan senang. Psst, part terbaik adalah harga terendah tapi original!
Lihat Testimoni Baghabits di https://baghabitshq.com/happy-customer/
DAPATKAN 50 POINTS PERCUMA DENGAN HANYA DAFTAR AKAUN DI BAGHABITS